Friday, June 18, 2010

AM228 di hati



aku rindu korang semua la ..kita jumpa kat alam maya. aku tak rasa apa. jumpa face to face aku rasa teruja. FB pengerat silaturahim kita. aku rasa dekat dengan korang bila berbalas comment. 


dey kiki cantek ! paling windu kamu!! kau buat aku gelak. kau buat aku rasa bahagia dapat kenal kau. thanks kiki. aku simpan kau dalam hati. kau kawan baek aku dunia akhirat. kau gila, kau sewel, kau apa-apa aja aku tak kesah. pegi mampos semua tu! janji aku tahu kau macam mana. next sem aku tolong kau ngorat awek-awek ya! aku kawen nanti kau dapat meja V.I.P

minachi, dah lama tak bergosip dan mengutok. si katik tu ada lagi tak next sem? beliau kan bijaksana haros ada. aku benci dia! dia macam (*(00)*) .aku jahat kan? tapi ada aku kesah?ibu aku kata aku jahat sikit sebab aku suka melawan. hahaha.. saya anak abah la!!! minanchi jangan lupa nanti open table bawak kopok lekor cafe. aku bawak mentos. baek punya mentos! minanchi, aku kawen kau dapat meja V.I.P juga... RESERVED!!!

amaran! jangan goda lalink aku. abang ran ran nak makan nasi ayam penyet datang putrajaya. aku goda kau,aku lentok melentok dengan kau, aku panggil kau lalink,  kau balas uuweeeekkkkkk.... hahaha..kau maskulin taw. tengok lengan kau! gila besar. kau kata kau macam ferhad. hahaha.. dah dah!! aku tak mahu gelak! sakit perot la gila.aku rasa kau macam fahrin ahmad. aku macam nak jatoh hati dengan kau tapi aku batalkan niat aku. kau pasang wiper pon tak pandai. macam mana tu? cumel je kau nie kan? cop!! cop!! dalam hati aku ada P.O.K.Y.A sahaja. TITIK!!! jaga aset kau. kau bijak la pakcik, kau makan apa huh?kau abang sulong aku tipu-tipu taw.


sinchan mana kau hilang huh? aku ada hutang nak langsai. sila hempok aku  dengan bantal. aku kalah bating dengan kau. kau ok sinchan? kau jangan kuros sangat sebab nanti aku jeles. damn!!! tu ayat feberet kau..kau kawan baek aku. aku janji akan simpan kau.apa-apa cari aku. aku sedia membantu. kau tak mahu ajak aku karoke lagi ke? suara aku sedap. kau yang kata macam tu. aku tak kata.

jibeng nyanyi untok aku. aku busan aku tengok gamba cacat kau. kau kadang-kadang mereng tapi aku suka. kau buat aku jadi sengal. hey! kita ambil subject sama-sama taw sem 4 ni. kau ajar aku, aku ajar kau...kau ajar aku mencarot, aku ajar kau mencarot.kita tambah ilmu.

rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba! hey mana kau? senyap teros.. belasah kang!nama betol kau apa huh? sumpah aku dah lupa..melekat teros nama kau bomba. siapa suroh kau pakai tshirt macam bomba. padan muka kau! hahahaha..kasihan kau asyik kena buli dengan aku je tapi aku suka kawan dengan kau...phewiitttt!!!

kita ada 7 sem lagi... kalau tak kantoi banyak paper la. aku janji akan jaga persahabatan dengan korang. 5 julai sila cepat! aku tak sabar mau pergi class. letih aku hilang bila dengan korang. nanti bukak puasa sama-sama. gila besh! aku mau roti john banyak daging dan mayonis, nyam nyam nyam...sedap! nak aku bawak kan korang nasi lemak ayam dara tak??? sila sms aku jika muka tak malu...


Note: jangan tinggal aku.  aku tak tinggal korang.



Thursday, June 17, 2010

Bila mahu kasi?



Cik Garang: bila mau kasi anak gemok?
Raksasa: tunggu december nanti
Cik Garang: nape plak?
Raksasa: dapat bonus..hahaha
Cik Garang: Sewel!!! Ok. Saya tunggu!
Raksasa: Ciom seket..
Cik Garang: Penampo mau? huahuahua


Note: tiap-tiap tahon kasi anak murah rezeki! phewwiiitttt!!!


Wednesday, June 16, 2010

sitting, waiting, wishing


  • I song your songs, I danced your dance
  • I gave your friends all a chance
  • Just wait a minute
  • I keep playing your part
  • I can't alwayz be waiting, waiting on you
  • U believed in supersititions
  • If I was in your position
  • Shooting me down
  • Just sitting and waiting
  • No song I could sing
  • I believe in memories
  • I heard some words
  • That didn't sound so good
  • Papa cried, baby cried
  • Just in time
  • And that's alright
  • I'll see u in the morning
     Note: can't u see that it's just rainin'??? @$*&^

Tuesday, June 15, 2010

Mulot Longkang



Kenapa macam-macam sangat makcik?
Jangan selok sangat!
Zip mulot, angkat kain, dudok tempak makcik diam diam sudah lah!
Jangan pandang kiri kanan. Aku muak makcik!
Cukop sudah dengan agenda propa kamu.
Bila mahu habis scene kejot aku dari berdengkor.
Mahu tunjok gangster la tu!
Tapi rupa-rupanya kecot perot nampak tikos lari cari kucing.
Hantu la kamu makcik!
Aku sakit hati!
Pecah hati dengan agenda propa kamu!
Mulot kamu bahaya makcik.
Kamu canang satu gagasan wilayah kamu dengan cerita palsu wayang kamu!
Yakssss...jijik la!!
Apa kenanya kamu ni makcik?
Gaya macam gangster. Lagak macam ah long
Tunjok hebat la tu!
1 hati kamu akan terdudok juga makcik
Kamu tengok nanti!
Apa masalah kamu makcik?
Orang bahagia kamu susah hati ya?
Mulot longkang bahu hanyir.
Sila pergi jaoh-jaoh
Jangan ganggu hidop aku!
Sakit hati tak dapat diobati sebab memang tidak akan ada obat untok 
hati sakit angkara mulot longkang kamu makcik!!!

Tuesday, May 25, 2010

No Boyfriend No Problem?

Jiwa penoh kosong. Hati hidop mati. Jantong berhenti berdenyot
Aku tak kesah. Aku tak kesah ke? Aku benar tipu .
Langkah melangkah jalan-jalan tapi aku tak bergerak selangkah.
Hilang dia aku gelisah. Aku  kuat lemah tak ada dia. Tapi jiwa aku  hidop mati tak ada dia.
Dia kenal aku. Dia tau aku siapa.Dia  kakak abang aku. Dia musoh sahabat aku.
Dia sebahagian dari  mati hidop. Dia pimpin aku bila aku berdiri jatoh.
Ya benar kamu tak  miskin kaya tapi kamu raksasa dari angkasa. Kamu raksasa  jahat baek. Tuhan kirim kamu untok aku. Terima kasih tuhan. Mungkin tak lama tapi tak apa.  Aku insan kerdil. Tak layak dalam senarai syurgaMu.
Kamu tak sempurna. Kamu banyak kurangnya. Aku terima. 
Aku marah, kamu sejok. Aku menanges, kamu kata jangan nanges.  Nanti mate macam kodok. Aku membebel kamu dengar.  Aku bercerita kamu benci suka.  Aku kentot busok kamu kentot juga.  Kita maen tarik-tarik rambot. Kita lumba lari aku menang kalah. Aku  benci suka. Kita jadi kita.  Kamu raksasa laot, aku dugong terdampar.
Raksasa, jangan serang otomen besar kecik kamu. Jaga otomen  besar kecik kamu.  Aku mahu pondok untok bertedoh.Jangan buat aku risau. Hati aku berdetik berdenyot. Aku  hidop mati. Aku nanges.  Raksasa, aku leteh.Aku  tak takot.  Aku tak suka terang gelap.
Sunggoh aku leteh. Aku mahu kamu raksasa.  Jangan risau aku mampu bertahan. Aku  lemah kuat ada kamu. Hati aku  lembik keras raksasa. Hati aku ada nama kamu. Dulu hati  keras lembik.  Sekarang dah  lembik keras.  Kesian pada hati.  Hati aku degil. Macam aku. Hati aku garang.  Sila jage hati aku raksasa.  Hati aku makin lama makin keras lembik. Nanti hati aku hidop mati. raksasa, i L.O.V.E u.....(*_____*)

Nota: cik lappy jahat. tak boleh  nak upload gamba raksasa.
          cik lappy S.E.W.E.L.

Sunday, May 23, 2010

Manusia Dan Lakonan Sampai Bila?

Berlakon?
Ya..memang itu lah manusia
Penoh dengan lakonan
Ada yang bijak berlakon, ada yang pura-pura berlakon, ada yang juga tak tahu berlakon
Motif?
Mereka yang penuh dengan lakonan sahaja yang tau
Demi kedudokan, nama dan apa sahaja
Aku benci manusia yang penuh dengan lakonan
Mereka jijik!
Mereka hantu!
Mereka syaitan!
Mereka penipu besar!
Mereka orang jahat!
Mereka orang buangan!
Mereka patot ke tali gantong!
Biar mereka rasa!!!
Yang buat salah diabaikan, yang betol mereka tidakkan
Adil ke tidak?
Yang aku tahu ada orang yang patot dan selayaknya aku simpan dan jaga walaupon mereka hanya memegang gelaran sebagai sahabat di bangku sekolah, kekasih hati sejak 2006, rakan sekelas dari tahon 2009, rakan yang panggil aku dari kayangan, mak cik daun terop, pak cik kulit gatal, mak cik nora is coming, daripada mereka-mereka lah yang banyak berikan aku kekuatan,kebangkitan, dan pengalaman.
Buat apa hanya sekadar gelaran darah yang mengalir dari tuboh tetapi penoh dengan agenda tersendiri?
Mereka buta hati buta mata!
Itu kah yang patot aku sanjong?
Atau perlu aku mengikot rentak lakonan mereka?
Buang masa!


Saturday, May 22, 2010

Kawan...tolong bangun!

K.A.W.A.N
bangun lahhhh...
berapa lama lagi kawan?
kamu mahu masa, ya sila ambil masa kamu tapi aku risau keadaan kamu
aku hanya mahu kawan aku yang dulu
aku mahu kawan aku yang sewel, benggong, mereng, keras hati macam dulu
bangon lah kawan!!!
aku sedeh sebak sangat-sangat
cakap lah apa yang boleh aku tolong?
kamu minta aku teman kamu kan?
aku sanggop teman kamu
cakap nak teman ke mana, aku teman asalkan kamu bangon
aku sanggop tolong apa saja asalkan kamu bangon
jangan lukakan diri kamu
jangan sakitkan diri kamu lagi
kamu dah sakit jangan tambahkan sakit lagi ya?
ya betol kita baru kawan, tapi boleh dikatakan hari-hari aku jumpa kamu
kamu sudah aku anggap macam abang aku
macam saudara aku
kawan baek aku
aku sedih lah kawan
aku sebak...
sesunggohnya kamu memang sebaik-baik manusia n sebaik-baik lelaki
itu aku pasti!
aku hanya mampu doa satu hari nanti kamu bangon dan jadi kawan aku macam dulu ya?
boleh janji tak?
janji lah!!!
dengar tak??